home profile Friends twitter follow
Cara Mengekalkan Pembaca Lebih Lama Di Blog Anda :)
Friday, 10 August 2012 @ 06:21 | 0 individual(s)


.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v




*Maaf kalau entry ni panjang sangat . Tak rugi pun kalau baca ..* 


Ehem . Terlebih dahulu , Lyssa nak cakap yang blog Lyssa ni tak tahu lah berapa ramai pembaca setia yang dari first Lyssa buat blog sampailah sekarang . Tapi  , dalam masa setahun lebih Lyssa berblogging dah macam-macam pengalaman yang Lyssa dapat dan boleh tahu selok belok citarasa pembaca blog Lyssa . 

Ada yang sukakan tutorial Lyssa , ada yang sukakan tips-tips yang Lyssa bagi , ada yang suka Lyssa ceritakan pasal kehidupan Lyssa . Dan mungkin bagi Lyssa paling ketara orang paling suka tutorial Lyssa yang beriban tu sebab mudah faham . Erkk .:/ Betul ke ? Hanya korang lah yang dapat menilai sendiri kan ? 

Tapi , untuk kali ni Lyssa nak kongsikan sedikit tips , macam mana kita nak kekalkan pembaca blog kita dengan lebih lama . Lyssa tahu , banyak silent readers blog Lyssa yang hanya BACA SAHAJA bila Lyssa update tanpa memberi sebarang komen . I know that . *saja leteww malu-malu kucing nak komen ye . hihi .  It's ok . Korang baca pun dah cukup buat hati Lyssa berbunga . haha . Tapi , kalau boleh rajin-rajinkan lah diri untuk komen ye ? :P At least Lyssa boleh tahu apa yang korang tak suka , apa yang korang suka kan ? huhu . 

Ok . Dah cukup ! Now Lyssa nak listkan ye . Baca jangan tak baca :


1. Update ENTRI yang menarik kevaaaaa-voooommm !
Haaa . Ini lah umpan untuk kita terus dapatkan pembaca yang setia . Pertama sekali , korang perlu tahu . Apa tujuan korang buat blog ? Tujuan berdakwah ? Beri info menarik ? Atau saja suka suki gedik sebab jeles orang lain ada blog jugak . Eh ! haha . Contoh ye . Kalau korang nak kasi ilmu kat orang , boleh je dengan cara yang menarikkan ? Dengan gambar-2 yang kretif pun boleh buat orang tertarik dan tak jemu masuk untuk baca entry korang tu . Kalau blog personal pulak , menceritakan kehidupan korang .. Gunakan bahasa dan ayat yang budak zaman sekarang guna . Gua , wa , lu , lek lu bro . apa-2 je lah . haha . *lebih tertarek and kaitkan dengan isu semasa . best ! lagi best kalau ada selit sikit lawak jenake . lagi lebih tertarik kan ?

2. Selalu dan kena rajin update blog !
Eh eh , aku sendiri pun jarang update . Ada hati nak suruh orang lain rajin update . haha . Yupp ! Dulu-dulu masa Lyssa buat blog memang rajin update . Biar lantak orang tak baca . Tapi , bila lama-lama semakin rajin update , semakin ramai lak yang baca and terus jadi pembaca setia . Betul ke ? *perasan kejap ! haha . Tapi betol la . Cuba korang bayangkan , kalau blog korang update sebulan sekali . Dah bersawang sampai sarang labah-labah dah membiak . Dah tentu-tentu lah tak de orang nak masuk blog korang dah . Apa kata , korang rajinkan update blog tu . Cuba cari masa . Tu pun kalau korang betul-2 nak kekalkan pembaca blog korang lah . hihok .

3. Rajin buat perubahan pada blog anda .
Perubahan ? Tak faham ke ? hehe . Maksud Lyssa yang ini bab edit mengedit blog lah . Cuba rajinkan diri untuk cantikkan blog korang guna TUTORIAL LYSSA ni . *pomote kejap . Selalukan ada perubahan pada blog . Tapi jangan lah sampai setiap hari nak edit blog , tukar-tukar kaler bagai . Eh , tak perlu sampai macam tu sekali yah ! Sebulan sekali rasa oke kot . Tak lah readers kita bosan asyik tengok blog yang sama je . Nak jugak kelainan kan ? haha .  

4. Kurangkan widget yang berat di blog .
Siapa nak blog yang berat kan ? Siapa pulak nak masuk blog yang berat , penuh dengan widget lip lap lip lap , blink-blink sana sini . Awak nak ? Saya tak nak . hehe . Kalau blog tu TERLAMPAU berat , loading lambat . Nak baca pun rasa terbantut kan ? Even entry best . Masuk sekali je , rasa macam tobat tak nak masuk dah . Kurangkan widget berat dalam blog tu ye . Letak yang penting-penting sudah . Tak penting buang . Ok ? *Jaga hati pembaca anda juge :)

5. Pecahkan isi kepada tajuk-tajuk kecil .
Ini kepada blog yang nak sampaikan ilmu atau informasi atau seumpama dengannya lah kan . 
Pecahkan isi kepada tajuk kecil supaya orang mudah untuk baca dan tak semak otak baca entry panjang berjeler tak ketahuan sampai tak tahu mana satu isi , mana satu huraian .
Dah macam buat karangan pulak kan ? Macam entry Lyssa kali ni lah . Pecahkan isi kepada tajuk dan huraikan apa yang kita nak sampaikan . Mudah untuk kita dan mudah jugak untuk pembaca . Kemas pun , kemas kan ? Tapi , kalau nak cerita pasal kita pergi mana-mana , tengok wayang ke , makan ke , korek hidong ke , kemas rumah ke .. takkan nak buat point jugak . haha . cam kelakar pulak . tak perlu yahh . ini untuk entry yang ber-info je :)


*Kredit To : Lyssa Faizureen
Anis Syaqeela

11 year old.
my birthday is 18 december.
this is my personal site.
◄ OLDER POSTS // NEWER POSTS ►
comment
"/>
Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.